Sembilan kes maut, 14 kes hilang upaya kekal, 155 kes tidak hilang upaya kekal dan 266 kes penyakit serta keracunan pekerjaan .<br /><br />Itu statistik kes kecederaan pekerjaan di Sarawak adalah setakat 30 Jun 2022.<br /><br />Bagi memastikan angka angka ini dapat dikurangkan Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Sarawak Dr Nor Halim Hasan, berharap kerjasama berterusan dari semua pihak bagi meningkatkan kesedaran keselamatan di tempat kerja.
